KUALA LUMPUR: Selepas melakar kejutan menumbangkan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020, perjalanan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Kejohanan Badminton Masters Indonesia berakhir dengan kekecewaan semalam selepas tewas di separuh akhir.
Gandingan negara yang meraih pingat gangsa di temasya Olimpik Tokyo itu yang juga pilihan kelima kejohanan di Bali itu, kecundang kepada pasangan bukan pilihan dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 18-21, 21-19, 17-21, dalam satu pertarungan sengit.
Kekalahan dalam tempoh 63 minit di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali itu, adalah kali kedua berturut-turut mereka tewas di tangan Hoki-Kobayashi selepas dikecewakan pada aksi kumpulan saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark, bulan lepas.
"Saya rasa yang mereka bermain dengan baik hari ini, walaupun tewas kami berpuashati dengan prestasi kami. Hanya ketik set penentuan, kami terikat 13 sama sebelum lawan mendahului sehingga kami hilang fokus. Saya rasa kami perlu lakukan perubahan dalam perkara ini," katanya kepada Media BWF selepas perlawanan.
Terdahulu, Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir dengan bergaya selepas menewaskan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi-Lin 21-13, 21-15 di peringkat suku akhir, pada Jumaat.
Pada masa sama, Aaron berkata meskipun mengimpikan untuk beraksi pada Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) di sana pada 1 hingga 5 Dis, fokus mereka ketika ini adalah terarah kepada kejohanan Terbuka Indonesia (23-28 Nov) yang turut diadakan di Bali.
"Kami benar-benar mahu memasuki Final Jelajah dunia, tetapi kami tidak mahu memberikan tekanan pada diri sendiri, kami berharap di terbuka Indonesia kami boleh bermain dengan baik," katanya.
Dalam kedudukan ranking Final Jelajah Dunia BWF terkini, Aaron-Wooi Yik berada di tempat ke-14 dengan mengumpul 17,400 mata, namun kedudukan itu dijangka berubah selepas kejohanan Indonesia Masters berakhir.
Hanya lapan terbaik akan layak beraksi di Final Jelajah Dunia BWF yang menawarkan hadiah wang kemenangan terkumpul berjumlah US$1.5 juta (kira-kira RM6.27 juta).
Sementara itu, cabaran Malaysia pada kejohanan berstatus Super 750 itu berakhir selepas pasangan profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, tewas kepada gandingan nombor satu dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dalam satu lagi aksi separuh akhir beregu lelaki.
Memulakan saingan dengan cemerlang selepas merakam kemenangan 21-18 pada set pertama, momentum itu gagal diteruskan pada set kedua dan ketiga yang menyaksikan mereka tumpas 17-21, 11-21 kepada pasangan Indonesia itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gambar) kecundang kepada pasangan bukan pilihan dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia pada Sabtu. - Foto Facebook BAM
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
PM Singapura baharu: Menilai dinamik hubungan dua hala
Era kepimpinan di Malaysia dan Singapura sudah berubah. Bagaimana ini mencerminkan hubungan dinamik dua hala yang amat memerlukan satu sama lain? Dr. Ahmad martadha berkongsi pandangan.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Beregu di ranking ke-19 dunia itu menewaskan Aaron-Wooi Yik, 21-14 dan 21-18 dalam pertarungan selama 40 minit.
Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark - Rexy
Katanya, Malaysia berpotensi mendapat mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar.
Tahniah Malaysia! Aaron-Wooi Yik mara ke final All England
Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 17 tahun kejuaraan bagi kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton All England 2024.
All England: Kempen Lee Zii Jia bermula petang ini
Perjuangan empat lagi wakil negara dalam misi menembusi pusingan 32 Kejohanan Badminton Seluruh England 2024 bermula hari ini.
Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
Aaron-Wooi Yik lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen dalam masa 39 minit.
Aaron-Wooi Yik terkandas di separuh akhir Terbuka India
Beregu nombor empat dunia itu tewas kepada wakil tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 18-21, 14-21.
Rexy kecewa Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei tidak manfaat perlawanan pertama
Rexy kecewa apabila kedua-dua wakil negara tidak memanfaatkan peluang untuk menang perlawanan pertama peringkat kumpulan pada aksi Jelajah Dunia Akhir BWF 2023.
Muncul juara Terbuka Denmark, Aaron-Wooi Yik raih gelaran Jelajah Dunia sulung
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya meraih gelaran Jelajah Dunia pertama mereka apabila menjuarai Terbuka Denmark 2023 malam ini di Jyske Bank Arena, Odense.